Champ de Mars
Champ de Mars

Champ de Mars

Champ de Mars (Sebutan bahasa Perancis: [ʃɑ̃ də maʁs]) adalah sebuah ruang hijau awam yang terletak di Paris, Perancis. Ia secara tepatnya terletak di arrondissement ke-7, di antara Menara Eiffel ke barat laut dan École Militaire ke tenggara. Taman ini dinamakan bersempena Campus Martius di Rom. Champ de Mars bermaksud "Medan Mars", sempena Mars, Dewa Perang Yunani. Ia dinamakan sempena kegunaan asalnya sebagai kawasan perbarisan tentera. Ia juga merupakan tapak Expositions Universelles pada 1867, 1878 dan 1889.stesen Métro terdekat adalah Champ de Mars - Tour Eiffel dan École Militaire.